Real Chukai Rancang Naik Taraf Fasiliti Stadium Mak Chili Dengan Menambah Tempat Duduk Penyokong

On February 28, 2023
In News

Kelab komuniti dari Terengganu, Real Chukai FC mengorak langkah ke hadapan apabila merancang menaik taraf fasiliti Stadium Mak Chili dengan pembinaan tempat duduk penyokong yang menampung sehingga 1000 orang.

Ia merupakan fasa kedua dalam pelan jangka panjang mereka selepas Real Chukai FC secara rasmi mengambil alih pengurusan Stadium Mak Chili sejak Februari 2020 melalui sebuah syarikat milik Real Chukai FC iaitu Glorious Innovation Sdn. Bhd.

Projek tersebut dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2025 dan beberapa penambah-baikkan dilakukan secara berperingkat.

Mereka kini sedang fokus untuk menyelesaikan perancangan fasa pertama dalam usaha memberi servis yang terbaik kepada pelanggan iaitu sebuah café serta Real Chukai Dockstore yang bertanggungjawab menjual merchandise kelab. Cafe tersebut akan dibuka kepada orang ramai dan beroperasi pada bulan Julai 2021.

“Kewujudan stadium ini dilihat bakal memberi impak yang besar kepada ekonomi dan komuniti setempat serta memberi nilai yang tinggi kepada daerah Kemaman khususnya.

“Dengan itu Real Chukai FC mengharapkan sokongan padu dari komuniti setempat dalam kita melaksanakan impian ini. Ianya akan menjadi sebuah kebanggaan buat rakyat Kemaman,” kata kenyataan rasmi kelab.

Bagi menjana pendapatan untuk kestabilan kewangan kelab, mereka turut membuka peluang kepada masyarakat setempat dan pasukan amatur di daerah kemaman bahkan di luar kemaman untuk menyewa padang sintetik stadium tersebut.

Arman Zakariah

Related Posts

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *